Wednesday, December 19, 2012

Salam Perpisahan - part I

Assalamualaikum w.b.t ...

Sebenarnya tak sanggup aku nak buat entry nie. Tapi disebabkan inilah salah satu cara aku meluahkan segala yang terpendam, aku buat juga.

Tak sangka my idol yang sangat aku kagumi akan meninggalkan aku. Sedih, terkilan, kecewa, semua perasaan ada. Walaupun perkenalan kami hanya 2tahun, kenangan yang tercipta bagaikan kisah silam yang seabad lamanya [sastera lah pulak tapi hakikat dari hati].

Aku sangat berterima kasih kepada beliau kerana sudi menerima aku sebagai staff dibawah jagaan beliau. Walaupun perbezaan antara kami amat ketara BOS + STAFF tapi layanan dia terhadap aku sangat baik.

Beliau sangat professional, time keje fokus betul2, time rest/lepak/bergurau lupakan semua masalah kerja. Beliau sangat bijak dalam menguruskan segala hal. Setiap yang dilakukan pasti akan dilakukan sehabis baik. Bagi beliau melakukan kerja sambil lewa seolah-olah melakukan kerja tanpa matlamat. 

Ramai orang cakap kalau kita nie staff perempuan better cari bos yang lelaki, kalau kita nie staff lelaki better cari bos yang perempuan. 
"sebabnya lebih memahami"

Bagi aku bos lelaki ke perempuan ke kalau hati perut dia kejalan yang betul semua benda jadi betul. Pokok pangkal taye lah hati...

Dah laa.. kowg mesti nak tahu sape yang aku banggakan sangat nie kan ?

taa daa.. nie lah beliau PUAN NORLELA AHMAD ...



ok bye ... to be continue part II k...