Wednesday, June 5, 2013

Puasa Ganti

Assalamualaikum w.b.t ...

Takde menda pon nak update just nak latih jari jerk... Lame dah an tak type sambil merepek n berangan... Hee...

Hari nie merupakan hari ke-3 den ganti pose. Biasalah nak dekat ramadhan baru terhegeh-hegeh nak ganti. Kalau tak, makan jerk sampai xhingat dunia. Bila gemuk bising sendiri. Ape da...

Kalau tak ganti t rasa tak tenteram plak. Baik ganti sebelum ditaye dikemudian hari. Allah dah kasi cuti jangan pulak kita cekelat nak ganti. Bukan susah pon cuma nak an xnak jerk. Ewah macam ustazah Siti Nor Bahyah lah pulak.

Jangan lupa niat ganti taw :


INFO Semasa :

Pengiraan Bayaran Fidyah Puasa Secara Ringkas

Pengertian Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah wajib.
 
Kadar Fidyah

1 hari dendanya 1 cupak beras
1 cupak = 1 mud
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4

RM............./4 = RM............. 


Selamat menjalani ibadah Puasa ganti ... 

No comments:

Post a Comment